Sakit telinga – Perlukah ubat titis ?

25 Oct

Oleh : Klinik An-Nisa’ Saujana Impian ; 22 August 2011

Sakit telinga (otalgia) boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Kita boleh mengalami sakit telinga tanpa ada gejala lain atau sakit telinga yang berkaitan dengan selsema , batuk dan sakit tekak. Persoalannya : Adakah ubat titis telinga perlu untuk sakit telinga ?  Jawapan : Bergantung kepada punca kenapa sakit telinga berlaku; yang boleh dikenalpasti melalui pemeriksaan dan soal-jawab dengan pesakit.

1. Sakit telinga mungkin disebabkan masalah telinga itu sendiri seperti :

  • jangkitan atau radang pada salur telinga, gegendang atau telinga tengah (otitis eksterna, otitis media, telinga bernanah)
  • kecederaan pada telinga dan gegendang
  • pengumpulan cecair atau nanah di belakang gegendang menyebabkan tekanan pada gegengang seterusnya kesakitan
  • kegagalan fungsi tiub eustachian (tiub yang menghubungkan telinga tengah dengan tekak yang berfungsi untuk mengawal  keseimbangan tekanan antara telinga dalam dan luar) menyebabkan sakit dan rasa tersumbat berulang-ulang pada jangka masa  singkat.
  • sumbatan oleh bendasing atau objek dan juga tahi telinga (wax) di salur telinga luar dan tekanan ke atas gegendang
  • radang atau bengkakan kelenjar di belakang telinga serta jangkitan pada tulang telinga (mastoiditis)

2. Sakit telinga juga boleh disebabkan oleh masalah di bahagian lain tetapi kesakitan dirasai di dalam telinga ( keadaan ini dipanggil ‘referred pain’) . Misalnya:

  • Masalah di bahagian mulut dan tekak seperti tonsillitis, sakit gigi/gusi, kecederaan akibat objek tersekat di tekak ( tulang ikan dan lain-lain), ketumbuhan dan sebagainya.
  • Masalah hidung dan sinus; Antaranya : sinusitis, nasopharyngitis, ketumbuhan hidung dan sinus dll…Sakit telinga tersebut mungkin disebabkan kegagalan fungsi tiub eustachian.
  • Lain-lain : masalah bengkakan kelenjar di bahagian kepala dan leher, radang pada kelenjar parotid dll….

Kenapa sakit telinga tetapi pemeriksaa telinga tidak menunjukkan sebarang masalah… atau ‘referred pain’ ?

Kerana  telinga dan bahagian bahagian tekak, hidung,muka dan leher dibekalkan oleh saraf yang sama atau cabang  saraf daripada punca yang sama.

Fakta tentang ubat titis telinga :

  • Terdapat berbagai jenis ubat titis dan mempunyai kegunaan yang berbeza : Ubat titis antibiotik untuk merawat radang dan  jangkitan bakteria; anti-fungal untuk merawat jangkitan  kulat telinga; dan juga ubat titis yang melembutkan tahi telinga (wax)

Jadi, bagaimana kita tahu yang mana perlu untuk sakit  telinga yang dialami melainkan pemeriksaan telinga telah dijalankan.???

  • Tahukah anda penggunaan ubat titis jenis antibiotik secara berpanjang boleh menyebabkan jangkitan kulat/fungal telinga ?
  • Terdapat ubat titis yang mempunyai kesan ‘ototoxic’ iaitu kerosakan pada saraf telinga jika diambil berpanjangan
  • Ubat titis telinga juga boleh menyebabkan alahan pada telinga. Telinga menjadi bengkak dan merah serta gatal.
  • Sakit telinga tidak semestinya memerlukan ubat titis telinga

Telinga berdarah : perlukah ubat titis ?

Telinga berdarah biasanya berpunca daripada kecederaan pada salur telinga dan gegendang akibat penggunaan putik kapas atau kecederaan akibat objek dimasukkan ke dalam lubang telinga. Pendarahan boleh berhenti dengan sendiri dan biasanya tidak memerlukan penggunaan ubat titis ( bergantung kepada hasil pemeriksaan).

Bagaimanapun, bengkakan dalam telinga dipanggil ‘granulation tissue’ juga mudah berdarah. Ubat titis diberikan untuk merawat keadaan ini.

Apakah rawatan untuk sakit telinga ?

Bergantung kepada keterukan dan masalah yang dialami biasanya ubat tahan sakit/analgesic akan diberikan.

Jangkitan akan dirawat dengan antibiotik oral atau ubat titis telinga.

Ubat-ubatan lain : jika masalah berpunca daripada masalah hidung, tekak dan lain-lain..

Kenapa sakit telinga jika pergi  ke tempat tinggi atau menaiki kapal terbang ?

Seperti yang dinyatakan, tiub eustachian berfungsi untuk mengawal keseimbangan telinga dalam dengan persekitaran /telinga luar. Perubahan tekanan persekitaran seperti perubahan altitud/ketinggian boleh mengganggu keseimbangan tersebut. Keadaan ini juga boleh menyebabkan kecederaan pada telinga dipanggil ‘barotrauma’ (baro = tekanan; trauma= cedera)

…nota ini sebagai panduan dan mengandungi hanya sebahagian maklumat berkaitan sakit telinga….

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: