Ketumbit : Sty atau Chalazion…bagaimana mencegahnya ?

28 Oct

by Klinik An-Nisa’ (Saujana Impian) [Belakang TESCO Kajang] on Thursday, 08 September 2011 at 13:14

Apa itu ketumbit ?

Ketumbit adalah bengkakan pada kelopak mata sama ada di bahagian luar atau dalam kelopak; atas atau bawah yang disebabkan oleh radang (Chalazion) atau jangkitan kuman (Sty).

Bagaimana terjadi ? Apakah punca ?

Kelopak mata adalah kaya dengan kelenjar bulu mata, kelenjar minyak dan kelenjar air mata. Ketumbit terjadi apabila berlaku radang  pada kelenjar tersebut yang menyebabkan sumbatan pada aliran keluar kandungan kelenjar, bengkakan pada kelenjar dan juga pemekatan minyak atau isi kandungan kelenjar. Akibatnya aliran tersebut terganggu menyebabkan berlaku pengumpulan dan pembengkakan yang dipanggil ‘Chalazion’. Jangkitan kuman bakteria boleh berlaku pada kelenjar yang membengkak tersebut di panggil ‘sty’.

Antara penyebab ketumbit adalah penggunaan alat kosmetik pada bahagian mata seperti celak atau maskara, masalah alahan dan gatal kelopak mata serta penyakit kelopak mata, kurangnya amalan penjagaan kebersihan, stress dan lain-lain.

Bagaimana merawat dan mencegahnya ?

  • ‘Warm compression’ (rawatan tuam panas)
  • Amalan kebersihan diri
  • Elakkan penggunaan kosmetik di bahagian mata atau berkongsi alat kosmetik
  • Cuci mata/mekap dengan bersih
  • Elakkan menggosok mata; memicit sebarang bengkakan pada kelopak mata
  • Dapatkan pemeriksaan dan rawatan doktor serta ambil ubat seperti yang diarahkan

Apa itu ‘warm compression’ ?

Warm compression adalah bertujuan untuk menggalakkan pengaliran darah ke bahagian berlakunya radang atau jangkitan untuk mempercepatkan proses pemulihan. Ia juga dapat mengurangkan bengkak dan juga menggalakkan aliran keluar kandungan kelenjar.

Bagaimana melakukannya ? Tuamkan bahagian kelopak mata selama 5-10 minit dengan tuala lembap yang telah direndam dalam air suam. Lakukan berulang 3-4 kali sehari.

Bolehkah berulang ?

Ya. Selain daripada langkah pencegahan dan penggunaan ubat-ubatan, ketumbit yang teruk memerlukan pembedahan untuk membuangnya.

MESEJ : Amalan penjagaan kebersihan dapat mengelakkan banyak penyakit….

About these ads

One Response to “Ketumbit : Sty atau Chalazion…bagaimana mencegahnya ?”

  1. SihatSelalu October 29, 2011 at 1:46 am #

    lagi info tentang ketumbit di SIHAT SELALURadang Punca Ketumbit

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: