Ulser mulut : apa puncanya ?

11 Nov

Ulser mulut adalah keadaan di mana terdapat rekahan pada mukosa mulut sama ada di bahagian bibir, dalam pipi, gusi atau lidah. Biasanya ia menyebabkan rasa sakit dan pedih serta mengganggu proses mengunyah makanan.  Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira umur atau jantina. Biasanya ia akan pulih selepas beberapa hari dan ada kemungkinan ia akan berulang semula.

Apakah penyebab ulser mulut ?

Ulser mulut boleh terjadi tanpa ada sebab yang jelas.

Namun terdapat masalah kesihatan yang dikaitkan dengan ulser mulut ini; antaranya :

  • Jangkitan
  • Trauma seperti kesan tergigit semasa mengunyah, luka akibat tulang dan sebagainya
  • Kekurangan vitamin dan zat seperti zat besi (anemia), asid folik dan zinc
  • Alahan kepada bahan makanan atau ubat-ubatan
  • Emosi dan tahap stress juga meningkatkan kecenderungan mendapat ulser
  • Hormon
  • Penyakit lain : Kanser, penyakit ulser usus ( ulcerative collitis) dan lain-lain….

Bolehkah ulser dirawat ?

Ya. Terdapat ubat dalam bentuk gel, losyen atau ointment untuk disapu pada ulser bagi menggalakkan proses penyembuhan; ubat cecair untuk berkumur (gargle) dan juga tablet lozenges. Ubat lain seperti ubat penahan sakit atau anti-radang serta antibiotik mungkin diberikan bergantung kepada keterukan dan keadaan selepas pemeriksaan dijalankan.

Adakah ulser mulut masalah yang serius ?

Biasanya ulser mulut boleh pulih tanpa atau dengan rawatan. Bagi ulser yang berpanjangan melebihi 3 minggu memerlukan pemeriksaan lanjut untuk memastikan punca sebenar terutamanya jika mempunyai sejarah kanser mulut di dalam keluarga, mengambil sirih dan tembakau, perokok , mengambil alkohol dan faktor risiko lain.

Apakah langkah yang boleh diambil untuk mencegah ulser mulut ?

  • Amalan penjagaan kebersihan gigi dan mulut.
  • Minum banyak air untuk memastikan badan cukup air.
  • Pengambilan makanan seimbang dan berzat ( atau pengambilan vitamin tambahan jika perlu)
  • Elakkan mengambil makanan pedas atau panas untuk mengelakkan iritasi
  • Berhenti merokok (jika anda perokok)
  • Kenalpasti sebarang alahan yang menyebabkan ulser (jika ada) dan cuba elakkan
  • Kawal emosi dan tahap stress

Apakah jenis-jenis ulser mulut ?

Biasanya ulser di atas bibir disebabkan oleh jangkitan virus – dipanggil “cold sore”. Ia bermula seperti ruam berair yang halus dan kemudian bercantum dan pecah menjadi ulser.  Tetapi ia juga boleh terjadi di dalam mulut.
Ulser di dalam mulut biasanya kelihatan seperti tompok putih di tengah dengan  bengkak dan merah di kawasan kelilingnya. Ia muncul sebagai satu-satunya ulser atau kumpulan beberapa ulser. Ulser ini di panggil “aphthous ulcer”.
Ulser yang berpanjangan mungkin menunjukkan masalah yang lebih serius. Hanya pemeriksaan dapat mengesahkannya…
Nota ini sebagai panduan sahaja. Maklumat adalah terhad.
About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: