MELIHAT KE DALAM TELINGA

23 Nov

by Klinik An-Nisa’ (Saujana Impian) [Belakang TESCO Kajang] on Wednesday, 15 June 2011 at 19:26

TELINGA UNTUK MENDENGAR - bunyi yang kuat atau perlahan, perkara yang baik ataupun tidak….yang pasti ianya adalah anggota penting tubuh kita! DAN amatlah penting untuk menjagaTELINGA dan PENDENGARAN kita dengan baik.

Antara masalah yang biasa berkaitan telinga adalah : Sakit telinga, kurang dengar, gatal, berdengung, bernanah dan sebagainya…

Antara kebiasaan kita : COTTON BUD, ubat titis telinga…

Antara yang dilakukan di klinik : Pemeriksaan telinga menggunakan OTOSKOP (untuk melihat ke dalam telinga).

 

 TAHUKAH ANDA APAKAH YANG DAPAT DILIHAT MELALUI OTOSKOP ?

1.   Keadaan di sepanjang salur telinga luar : daripada lubang telinga hingga ke gegendang telinga.

  • Otitis eksterna : radang atau jangkitan pada kulit/salur telinga
  • Wax ( tahi telinga )
  • Nanah, jangkitan kulat atau bendasing (foreign body)
  • Luka/darah akibat kecederaan
  • Tiada masalah telinga luar – NORMAL

2.  Keadaan gegendang

  • Radang /jangkitan
  • Cecair di belakang gegendang ( akibat jangkitan)
  • Kecederaan atau koyakan pada lapisan gegendang
  • Gegendang berlubang dan bernanah
  • lain-lain

 

PERLUKAH COTTON-BUD ?

Tahi telinga atau wax terhasil daripada sel-sel kulit mati dan kotoran dalam telinga. Secara semulajadi kotoran ini akan ‘bergerak’ ke arah lubang telinga luar. Adakalanya tindakan mengorek telinga akan mengganggu proses ini. Akibatnya pengumpulan wax berlaku dan menyebabkan sumbatan.

Kenapa  telinga menjadi sakit selepas mengorek telinga? Tekanan ke atas gegendang atau kecederaan akibat proses mengorek telinga…

Kenapa boleh menjadi seperti pekak selepas mengorek telinga? Tahi telinga atau wax berkumpul dan menjadi padat serta menutup gegendang

 

TEKNIK MENGGUNAKAN UBAT TITIS TELINGA

Baring ke sisi. Tarik cuping telinga ke atas dan ke belakang (untuk meluruskan salur telinga). Titiskan ubat tersebut dan biarkan 5-10minit sebelum bangun semula atau melakukan pada telinga sebelah lagi.

JENIS-JENIS UBAT TITIS TELINGA : terdapat pelbagai jenis ubat titis telinga untuk kegunaan yang berbeza. Antaranya :

- ubat titis untuk melembut/mencair wax

- ubat titis antibiotik untuk jangkitan bakteria

- ubat titis anti-fungal untuk jangkitan kulat telinga

PERHATIAN : FAKTA TENTANG UBAT TITIS

Penggunaan ubat titis antibiotik berpanjangan boleh menyebabkan jangkitan kulat.

SAKIT telinga tidak semestinya perlukan ubat titis telinga. (Lakukan pemeriksaan jika mengalami sakit telinga)

Alahan kepada ubat titis telinga juga boleh berlaku.

 

 

SAYA DEMAM, SELSEMA DAN SAKIT TEKAK – PERLUKAH DOKTOR MELIHAT KE DALAM TELINGA ?

YA. Telinga berhubung dengan tekak/hidung melalui salur yang dipanggil EUSTACHIAN tube. Jangkitan  tekak/hidung boleh menular ke telinga.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: