Kenapa hidung tersumbat ?

1 Dec
by Klinik An-Nisa’ (Saujana Impian) [Belakang TESCO Kajang] on Thursday, 1 December 2011 at 14:04

Gejala hidung tersumbat biasa dialami apabila mendapat selsema. Nafas seperti tidak lancar, deria bau berkurangan atau hilang (sementara), suara menjadi sengau (hyponasal) dan mengalami kesukaran tidur kerana tidak selesa terutamanya di kalangan kanak-kanak. Keadaan ini dapat dirawat setelah mengenalpasti punca.

Kenali hidung anda ; apa ada dalam hidung ?

Daripada pandangan mata kasar hidung kelihatan seperti segitiga dan dibahagikan kepada dua rongga oleh struktur dipanggil septum ( batang hidung tengah). Dinding sisi hidung pula mempunyai benjolan bertingkat di panggil turbinates. Bukaan rongga sinus juga terdapat di dinding hidung. Bumbung (atas) pula mempunyai tulang nipis yang mempunyai hujung-hujung saraf untuk deria bau. Lantai hidung pula dibentuk oleh tulang lelangit (bumbung mulut). Keseluruhan bahagian dinding, bumbung, lantai dan septum tersebut adalah dilapisi oleh mukosa (lapisan tisu lembut) yang sentiasa merembes cecair untuk bertindak sebagai pelembab dan penapis dalam rongga hidung.

Apa kepentingan hidung ?

  • Sebagai satu aset kesempurnaan atau kecantikan wajah
  • Sebagai salah satu sistem pertahanan tubuh di mana ia berfungsi sebagai penapis benda asing atau kuman daripada masuk ke sistem pernafasan
  • Sebagai organ deria untuk menghidu bau dan membantu dalam merasa makanan

Kenapa hidung tersumbat ?

Punca utama terjadinya gejala hidung tersumbat adalah keadaan berkaitan hidung sendiri

Antaranya

  • rongga hidung yang sempit sama ada secara semulajadi atau akibat kecederaan pada tulang hidung
  • terdapat bengkakan pada mukosa hidung (turbinates) akibat jangkitan seperti selsema, alahan hidung atau trauma
  • terdapat sumbatan rongga hidung akibat objek dimasukkan ke dalam hidung ( biasanya kanak-kanak)
  • terdapat ketumbuhan dalam hidung seperti polip, tumor/kanser
  • hidung terlalu kering atau pengumpulan lelehan hidung yang kering

Selain itu hidung tersumbat juga boleh disebabkan oleh masalah lain seperti

  • adenoid (bengkakan di belakang hidung)
  • ketumbuhan/kanser – npc
  • jangkitan atau ketumbuhan pada sinus
  • tindahbalas kepada perubahan suhu sekitar (vasomotor rhinitis), perubahan hormon ( kehamilan, haid) atau pengambilan makanan tertentu
  • kesan daripada pengambilan ubat tertentu
  • …..lain-lain : merokok, asap……lain-lain

Perlukah berjumpa doktor ?

Ya jika

  • sumbatan berpanjangan terutama jika sebelah sahaja
  • disertai pendarahan berulang atau lelehan nanah/lendir busuk
  • disertai bengkakan pada leher, hilang berat badan
  • disertai sakit kepala dan demam
  • mempunyai sejarah kanser hidung dalam keluarga

Kerana ia mungkin petanda gejala jangkitan atau ketumbuhan (kanser).

Kenapa mata berair semasa selsema atau semasa mengalami hidung tersumbat? 

  • Kelenjar air mata sentiasa menghasilkan rembesan untuk mengekalkan kelembapan mata secara semulajadi. Kelenjar ini membuka ke dalam rongga hidung (di bahagian dinding sisi hidung). Ia berfungsi untuk mengalirkan keluar (menyingkirkan) rembesan kelenjar air mata. Apabila selsema biasanya mukosa hidung akan membengkak termasuklah bahagian bukaan kelenjar air mata. Bengkakan ini menyebabkan sumbatan untuk aliran rembesan kelenjar air mata. Akibatnya berlaku pengumpulan air mata di bahagian kelopak menyebabkan mata sentiasa berair.

Apakah tanda-tanda terdapatnya objek atau bendasing dalam hidung anak anda ?

  • lelehan lendir atau berdarah pada sebelah hidung sahaja
  • hidung berdarah berpanjangan atau berulangan
  • hidung berbau busuk
  • kelihatan bengkak dan sakit
  • hidung tersumbat (sukar bernafas)
  • anak anda mengatakan beliau ada memasukkan sesuatu ke dalam hidung

Kenapa telinga rasa tersumbat atau berdengung apabila hidung tersumbat ?

  • Rongga hidung dan telinga tengah saling berhubung melalui satu tiub di belakang hidung dipanggil Eustachian tube ( yang terletak di belakang hidung atau nasopharynx). ia berfungsi untuk mengawal keseimbangan tekanan telinga tengah dan luar telinga  dan juga sebagai laluan keluar rembesan daripada bahagian telinga tengah. Apabila berlaku jangkitan pada hidung, lapisan mukosa atau tisu pada tiub tersebut membengkak dan ini akan mengganggu fungsi tiub tersebut. Selain itu  jangkitan juga boleh merebak ke telinga tengah menyebabkan pengumpulan lendir atau nanah di telinga tengah. Akibatnya telinga menjadi seperti tersumbat, sakit atau berdengung.

Hidung tersumbat perlu ubat titis – adakah persepsi ini betul ?

  • Ubat titis  bukanlah penyelesaian untuk semua masalah hidung tersumbat. Ubat ini diberikan bergantung kepada masalah sebenar atau punca kenapa berlakunya sumbatan hidung.

Jenis-jenis ubat titis dan penggunaan rujuk : https://imfcare.wordpress.com/2011/10/27/hidung-ubat-titis-dan-ubat-semburan-apa-perlu-anda-tahu/

Rawatan hidung tersumbat adalah bergantung kepada punca sebenar masalah. Antara jenis rawatan : mengambil langkah pencegahan, ubat-ubatan atau pembedahan.

“WHY SUFFER WHEN YOU CAN PREVENT”

Maklumat yang diberikan adalah terhad. Sila rujuk doktor anda untuk maklumat lanjut.

About these ads

4 Responses to “Kenapa hidung tersumbat ?”

  1. Fifa December 5, 2011 at 2:33 pm #

    saya mengalami demam selsema dan batuk pd 28Nov lepas (lebih kurang 1 minggu) dan telah mengambil ubat klinik beserta antibiotik. Pd waktu demam , saya mengalami batuk yg agak teruk, hidung kedua-duanya tersumbat dan hanya bernafas melalui mulut walaupun sedang tidur. Deria hidu, rasa & pendengaran saya amat terhad. Setelah demam baik, deria bau saya tiada perubahan.. langsung tidak dapat bau, rasa makanan, & sebelah telinga saya berdengung menyebabkan ketidakselesaan… saya rasa seperti KOSONG. Saya amat takut sekiranya ianya berlarutan / kekal.. kini saya boleh bernafas spt biasa walaupun batuk & selsema hampir baik sepenuhnya. Tolonglah saya…

    • imfcare December 6, 2011 at 9:18 am #

      Saya cadangkan agar cik pergi berjumpa semula doktor untuk pemeriksaan. Demam batuk selsema boleh menyebabkan komplikasi kepada telinga ( jangkitan telinga tengah atau pengumpulan cecair di telinga tengah — menyebabkan rasa tersumbat dan berdengung) dan deria bau ( kerana tisu rongga hidung membengkak). Hanya melalui pemeriksaan sahaja dapat mengesahkannya. Kedua masalah ini biasanya akan pulih dengan rawatan ynag telah cik terima tetapi jika berlanjutan sebaiknya lakukan pemeriksaan semula…

      • Fifa December 13, 2011 at 6:12 pm #

        Tqvm atas penerangan yg diberi. Saya telah mendapat jawapan kenapa hal ini berlaku setelah membuat pemeriksaan di Hospital Pantai-ENT. Ada jangkitan kuman pada sinus saya & lendir yg terperangkap di bahagian belakang gegendang telinga. Beberapa proses yg agak rumit tlh dijalankan & doc memasukkan 1 ‘gadget’ ke dlm telinga saya dan kini kesihatan saya hampir 95% pulih walaupun ada sedikit dengung di bhg kanan telinga & perlu pemeriksaan susulan. Kosnya juga membuatkan saya hampir fengsan!! Sesungguhnya prevention is better than cure & setiap penyakit yg Allah berikan pd hambanya adalah utk menguji kesabaran dan mengajar erti b’syukur …

      • imfcare December 13, 2011 at 6:58 pm #

        Alhamdulillah…Semoga puan sembuh sepenuhnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: