HIDUNG : Rhinitis – Sinusitis -Rhinosinusitis…satu pengenalan.

Oleh : Klinik An-Nisa’ (Saujana Impian) on Sunday, 19 June 2011 at 21:53

Hidung adalah untuk menghidu…mengenal bau…dan paling utama sebahagian daripada laluan udara pernafasan. Walau bagaimana bentuk dan rupa hidung FUNGSInya adalah sama dan kita bertanggungjawab menjaganya.

Masalah hidung paling sering dialami adalah rhinitis dan resdung (sinusitis). Kebanyakan kita menganggap kedua-duanya adalah masalah yang sama kerana gejala yang hampir sama…dan rawatan juga adalah sama.

Rhinitis adalah radang pada permukaan dalam rongga hidung (rhina=hidung; -tis=radang) manakala sinusitis adalah radang pada tisu atau mukosa dalam rongga dibahagian muka (sinus). Radang hidung dan sinus ini biasanya berlaku pada masa yang sama…dipanggil Rhinosinusitis (istilah yang lebih tepat untuk resdung). 

 

Jenis-jenis rhinitis adalah :

  • Allergic rhinitis (alahan) ; disebabkan oleh alahan kepada habuk, hama, bulu binatang dan sebagainya. Gejala alahan ini  biasanya berpanjangan selagi ada terdedah kepada sumber alahan.
  • non-allergic rhinitis (bukan alahan) :
    • vasomotor (iritasi, perubahan sekitaran seperti cuaca sejuk, asap ) 
    • infective (jangkitan seperti selsema),
    • atrophic (kekeringan/ nipis mukosa dalam rongga hidung)
    • rhinitis medicamentosa (kesan penggunaan ubat titis ‘decongestant ‘ berpanjangan)
    • hormonal imbalance ( pregnancy, menopaus)

Keduanya mempunyai gejala sama :

  • kerap bersin, hidung berair atau tersumbat,  gatal muka, hidung, dan mata.

Adakah berbahaya ? TIDAK tetapi gejala tersebut mengganggu aktiviti harian….

Rawatan :

  •  adalah untuk mengawal gejala rhinitis
  •  mencegah komplikasi
  •  hidup berkualiti

Pencegahan :

  • kenalpasti faktor penyebab alahan hidung…dan elakkan
  • kebersihan diri dan sekitaran
  • amalkan mencuci rongga hidung
  • ambil ubat untuk mengawal gejala
  • pemeriksaan doktor untuk : mengenalpasti jenis rhinitis dan punca serta rawatan yang betul

Peringatan  : Penggunaan ubat titis decongestant berlebihan atau berpanjangan boleh menyebabkan rhinitis medicamentosa iaitu gejala rhinitis yang lebih teruk…elakkan daripada menggunakan decongestant lebih daripada 3-5 hari.

Komplikasi rhinitis  paling biasa adalah sinusitis…..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s