Sinusitis (resdung) : Bagaimana mencegahnya ?

oleh : Klinik An-Nisa’ Saujana Impian ; Firday , 24 Jun 2011

Sinusitis adalah radang atau jangkitan pada tisu (mukosa) dalam rongga sinus. Radang ini disebabkan oleh jangkitan virus, bakteria atau fungus (kulat). Biasanya ia terjadi selepas jangkitan selsema atau jangkitan salur pernafasan atas.

Apa itu rongga/sinus ?
Rongga kosong pada tulang muka (tengkorak) dan dipenuhi udara. Ia mempunyai bukaan ke dalam rongga hidung bagi mengalirkan mukus atau cairan daripada lapisan tisu rongga sinus dan juga untuk peredaran udara.

Bagaimana sinusitis terjadi ?
Apabila berlaku keradangan atau jangkitan pada hidung seperti selsema atau jangkitan saluran nafas atas, lapisan tisu/mukosa akan membengkak dan menyebabkan bukaan sinus tersebut tersekat. Akibatnya mukus atau cairan daripada sinus tidak dapat mengalir keluar seperti normal dan berlaku takungan di dalam rongga sinus lalu mengakibatkan jangkitan. Pengudaraan dalam rongga sinus juga menjadi tidak normal.
Keadaan ini akan menyebabkan gejala; antaranya : bau busuk dalam hidung atau mulut, sakit kepala atau merasa seperti tekanan pada bahagian muka (bahagian pipi, mata atau dahi), sakit bahagian gusi/gigi, hidung tersumbat, cairan hidung yang pekat mengalir ke dalam tekak, batuk terutamanya waktu malam, demam dan merasa keletihan serta sakit tekak atau batuk berulang-ulang.

Apakah risiko mendapat jangkitan sinus ?

  • Mempunyai alahan atau rhinitis
  • Selsema yang berpanjangan dan tidak dirawat
  • Bengkakan di dalam hidung ( seperti polyp) atau belakang hidung (adenoid) yang menyebabkan sumbatan bukaan sinus dan hidung
  • Kecacatan pada bahagian hidung ( contoh : tulang bengkok )
  • Penyakit lain : jangkitan gigi atau gusi, ketahanan badan yang lemah, Cystic fibrosis
  • Amalan merokok serta sering terdedah kepada sekitaran yang tidak bersih

Bagaimana mencegahnya ?

  • Amalan kebersihan diri dan sekitaran rumah
  • Pemakanan yang sihat untuk meningkatkan daya imuniti tubuh.
  • Pemakanan : elakkan makanan yang menyebabkan alahan hidung.
  • Berhenti merokok atau menjadi perokok pasif.
  • Elakkan daripada berada di persekitaran tidak bersih seperti berasap, berdebu
  • Rehat dan tidur yang cukup. Kurangkan tahap stress.
  • Minum banyak air (untuk mencairkan kahak dan lendir)
  • RAWAT : demam selsema dan batuk/jangkitan salur pernafasan atas segera
  • RAWAT : alahan dan rhinitis dengan betul dan teratur
  • RAWAT : gunakan ubat titis “decongestant” seperti diarahkan (3-5 hari sahaja)
  • Gunakan pelembab udara untuk bilik/rumah (jika perlu)
  • Amalkan mencuci rongga hidung.
  • Dapatkan vaksinasi influenza setiap tahun.

NOTE : ini adalah sebagai panduan sahaja. Untuk maklumat lanjut berbincanglah dengan doktor anda.

………………………..next : ubat titis hidung – adakah kita menggunakan dengan betul? ..

1 Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s