Hidung : Ubat titis dan Ubat Semburan – apa perlu anda tahu ?

by : Klinik An-Nisa’ (Saujana Impian) [Belakang TESCO Kajang] on Tuesday, 05 July 2011 at 11:0

Selain daripada mendapat ubat  oral (makan) ; ubat titis atau semburan juga turut diberikan untuk masalah selsema, hidung tersumbat atau alahan serta resdung.  Jadi, terdapat beberapa perkara yang perlu anda berikan perhatian apabila diberikan ubat titis (nose drop)  atau semburan hidung (nasal spray) tersebut;  iaitu :

1.  Maklumat berkenaan ubat 

  • adakah ubat tersebut berbentuk semburan atau ubat titis ( nama ubat mungkin sama tetapi cara penggunaan berbeza) ?
  • berapa lama perlu digunakan ?
  • apakah jenis ubat  : adakah “decongestant ” atau steroid ?

Ubat titis dan semburan hidung yang biasanya diberikan kepada pesakit adalah :

  • ‘decongestant‘ untuk melegakan gejala hidung tersumbat dengan cepat dengan mengecutkan saluran darah mukosa hidung. Penggunaannya perlu dihadkan 3-5 hari sahaja kerana penggunaan berpanjangan boleh menyebabkan gejala rhinitis atau sumbatan hidung yang lebih teruk dipanggil ‘rhinitis medicamentosa’ (atau dikenali juga sebagai ‘rebound congestion’). Ubat jenis ini ada dalam bentuk ubat titis atau ubat semburan (nasal spray).

contohnya : oxynase/oxymethazoline; Afrin, Iliadin dan lain-lain 

  • ‘steroid‘ spray diberikan untuk  masalah alahan hidung ( allergic rhintis) dan resdung (sinusitis) dan penggunaan adalah untuk jangkamasa lebih panjang. Ubat tersebut bertindak untuk menstabilkan atau mengurangkan radang pada tisu atau mukosa dalam ronggan hidung dan seterusnya mengurangkan gejala rhinitis dan sinusitis.

contohnya : Rhinocort, Nasonex, Nasacort…..

  • ‘natural‘ nasal spray seperti sterimar atau cecair saline adalah semburan hidung  yang diberikan untuk melembabkan mukosa dalam hidung dan membersih rongga hidung. Ia  juga dapat mengurangkan gejala hidung tersumbat.

contohnya : Sterimer, Marimer….

2.  Cara penggunaan yang betul

Ubat titis hidung :

 cara menggunakan ubat titis hidung dengan betul

 (maklumat lengkap : http://www.patient.co.uk/health/Nose-Drops-How-To-Use.htm )

Ubat semburan hidung :

 (maklumat lengkap : http://www.netdoctor.co.uk/health_advice/facts/nasalspray.htm)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s