Batuk dan Kahak

by Klinik An-Nisa’ (Saujana Impian) [Belakang TESCO Kajang] on Friday, 12 August 2011 at 14:17

Batuk terhasil daripada tindakbalas tubuh untuk mengeluarkan atau menentang jangkitan serta iritasi dalam tekak dan juga saluran pernafasan.Ia boleh berlaku secara tiba-tiba dan pulih selepas beberapa hari (acute) atau menjadi gejala yang berpanjangan melebihi 3 minggu (chronic).

Antara punca batuk adalah :

  • Jangkitan pada salur pernafasan atas seperti demam selsema ( biasanya acute )
  • Alahan dan resdung
  • Penyakit lelah (asthma)
  • Refluks asid akibat penyakit  gastrik( gastroesophageal reflux disease)
  • Penyakit paru-paru ( Obstructive Pulmonary disease)
  • Masalah tekak
  • Merokok dan iritasi bendasing daripada persekitaran
  • Ubat-ubatan
  •  dan lain-lain …..kanser, pembengkakan kelenjar…

Kahak adalah terhasil daripada tindakbalas mukus atau rembesan dalam saluran pernafasan (paru-paru) terhadap kuman atau bendasing bagi melawan jangkitan. Secara semulajadi saluran pernafasan bermula daripada rongga hidung hingga ke saluran paru-paru permukaan mukosa sentiasa menghasilkan mukus atau rembesan yang bertindak sebagai penapis untuk pertahanan daripada penyakit. Apabila berlaku keradangan atau jangkitan mukus menjadi pekat dan  dipanggil kahak. Tubuh akan mengeluarkan kahak tersebut dengan cara batuk. Kahak adalah terhasil daripada paru-paru dan berbeza daripada cairan/lendir hidung (hingus) yang terhasil apabila mengalami selsema atau resdung. Walau bagaimanapun lendir yang mengalir ke belakang tekak akibat resdung/sinusitis atau selsema ini turut menyumbang kepada pembentukan kahak di bahagian paru-paru.

Bagaimana mengawal dan mengatasi batuk dan kahak ?

  • Berhenti merokok (jika anda merokok) atau menjadi perokok pasif kerana merokok menggalakkan pembentukan kahak berpanjangan.
  • Amalkan kebersihan diri.
  • Tidur dan rehat yang cukup.
  • Pemakanan yang teratur dan kuantiti kecil ( tetapi kerap) terutama bagi yang mengalami masalah gastrik bagi mengurangkan risiko refluk.
  • Elakkan minuman berkaffein jika batuk kerana ia menggalakkan dehidrasi (kekeringan) tubuh.
  • Elakkan juga bahan makanan kaya bahan tenusu ( susu, yoghurt, keju) dan minuman atau makanan sejuk ( cold and frozen) yang boleh menggalakkan pembentukan lendir berlebihan atau kahak.
  • Minum banyak air untuk mencairkan kahak. Minum air juga dapat melegakan batuk.
  • Rawatan sedutan wap (steam inhalation) juga boleh melegakan gejala batuk.
  • Lakukan pemeriksaan untuk mengenalpasti punca batuk kerana dengan merawat punca sebenar batuk dapat mengawal simptom batuk berpanjangan. Batuk yang dialami juga mungkin adalah petanda kepada masalah kesihatan lebih serius dan dapat dipulihkan jika dirawat lebih awal.

(Nota ini sebagai panduan sahaja dan hanya mengandungi maklumat yang umum dan terhad)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s