Deria bau – lebih dirasai bila ia sudah tiada …

Pernahkah anda mengalami masalah kurang atau hilang deria bau ? Yang pasti keadaan sebegitu sedikit sebanyak mengganggu kenikmatan hidup kita. Misalnya, aroma daripada makanan yang dihidang akan membuka selera untuk makan…bau-bauan yang wangi akan memberikan ketenangan dan kesegaran. Bagaimana jika kita tidak dapat menghidu bau…segalanya seperti ‘ kosong’…..mari sama-sama kita kenali deria kita yang satu ini…

Bagaimana kita mengenal bau ?

Kita menghidu menggunakan hidung.
Molekul/aroma daripada sesuatu bahan makanan (misalnya) akan meruap dan ‘terapung’ di udara dan disedut ke dalam hidung apabila kita menarik nafas. Di bahagian paling atas dalam hidung terdapat satu permukaan yang mengandungi hujung saraf deria bau. Jadi apabila molekul tersebut menyentuh bahagian ini saraf deria bau akan terangsang dan menghantar maklumat ke otak lalu ditafsirkan sebagai bau yang boleh dikenali.

 

Kepentingan deria bau :

  • membolehkan kita mengenal berbagai jenis bau-bauan
  • membantu dalam deria rasa, bau yang enak akan membangkitkan selera dan menambahkan rasa sedap makanan tersebut
  • keselamatan diri kerana terdapat bau yang berbahaya seperti bau gas bocor, bau makanan basi
  • membolehkan kita menyediakan persekitaran selesa ; contohnya bau yang bersesuaian dan menyenangkan di rumah dan sebagainya

 

Apakah yang boleh menyebabkan deria bau berkurangan atau hilang ?

Antaranya :

  • Hidung tersumbat seperti akibat virus selsema,alahan teruk,sinusitis, polyp atau ketumbuhan dalam hidung
  • Trauma
  • Penyakit seperti Parkinson, Alzheimer’s …
  • Proses semulajadi akibat penuaan
  • Pendedahan kepada bahan kimia/toksin yang kuat
  • Penggunaan ubat seperti dalam rawatan kanser

Bergantung kepada penyebabnya masalah kurang deria bau atau hilang deria bau ini boleh bersifat kekal atau sementara.

 

Bagaimana merawatnya ?

Antara punca utama kurang deria bau adalah sumbatan hidung kerana selsema atau jangkitan saluran pernafasan atas (URTI), masalah alahan dan resdung serta polip ( sejenis ketumbuhan dalam hidung). Jadi rawatan untuk masalah tersebut akan dapat mengembalikan deria hidu. Antara rawatan : ubat antihistamin, semburan hidung atau juga pembedahan.

Pemeriksaan lanjut perlu dilakukan untuk mengenalpasti punca lain dan membolehkan rawatan diberikan.

 
Apakah kesan kurang deria bau kepada kita ?

  • Kurangnya nikmat merasa makanan….kerana deria rasa dan bau saling berkait. Bau yang enak akan meningkatkan lagi selera dan kita dapat merasa sedapnya makanan tersebut.
  • Apabila tidak dapat merasa makanan dengan baik, kita cenderung untuk menambahkan perisa atau gula dan garam berlebihan untuk menyedapkan lagi makanan. Ini akan memberi kesan kepada penyakit darah tinggi , kencing manis dsbnya
  • Tidak dapat mengenalpasti amaran bahaya seperti bau bahan terbakar, gas bocor
  • Kesan sosial : kurang sedar dengan keadaan sekitaran, kebersihan diri sehingga menimbulkan rasa kurang selesa pada orang lain. Mungkin juga menimbulkan rasa rendah diri kerana kekurangan tersebut…

Sentiasa bersyukur dan hargai nikmat yang diberikan…
* Nota ini sebagai panduan sahaja dan tidak sesekali mengubah peranan seorang doktor dalam rawatan. Jika anda mengalami masalah ini atau mempunyai kemusykilan berjumpalah doktor anda.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s