Jangkitan KUTU kepala

by Klinik An-Nisa’ (Saujana Impian) [Belakang TESCO Kajang] on Wednesday, 19 October 2011 at 21:13

Jangkitan kutu kepala (rambut) sering berlaku dan mudah berjangkit terutamanya di kalangan kanak-kanak pra-sekolah dan sekolah rendah.

Apakah tanda-tanda jangkitan kutu kepala ?

  • gatal kulit kepala
  • terasa seperti ada benda merayap di kulit kepala
  • rasa tidak selesa
  • sering menggaru kepala, meragam (terutamanya kanak-kanak)

Bagaimana mendapat jangkitan kutu ?

  • bersentuhan atau terlalu dekat dengan orang yang dijangkiti
  • berkongsi pakaian, tempat tidur, alat permainan atau sikat dengan orang yang dijangkiti

Bagaimana mengesan jangkitan kutu ?

  • Periksa rambut : telur kutu, anak kutu atau kutu dewasa

Bagaimana merawat jangkitan kutu ?

  • Gunakan syampu anti-kutu untuk membunuh kutu dan (mungkin) telur kutu
  • Selepas itu gunakan sikat kutu untuk mengeluarkan kutu dan telur kutu
  • Periksa rambut setiap hari untuk membuang telur kutu (‘cari dan buang’)
  • Tukar dan cuci pakaian, cadar, sarung bantal, alat permainan serta sikat yang digunakan semasa jangkitan berlaku
  • Bersihkan sekitaran

*  Syampu anti-kutu tidak sesuai digunakan pada kanak-kanak kecil di bawah 2 tahun (atau seperti tertera pada bekas syampu – bergantung jenis syampu)… sebaiknya lakukan secara manual iaitu ‘cari dan buang’

*  Penggunaan syampu anti-kutu perlu mengikut arahan yang diberikan

*  Rawatan perlu menyeluruh kepada semua ahli keluarga yang dijangkiti

Bagaimana mencegah jangkitan kutu ?

  • Amalan kebersihan – cuci rambut, mandi
  • Sentiasa periksa rambut anak anda

Jika anak anda mendapat jangkitan ini beritahu kepada guru atau penjaga supaya pemeriksaan boleh dilakukan kepada rakan di sekolah dan di pusat jagaan. Jangkitan ini mungkin berpunca daripada pelajar lain tanpa disedari.

Apa anda perlu tahu tentang kitar hidup kutu ?

  • Telur kutu mengambil masa 7-10 hari untuk menetas
  • Anak kutu akan menjadi dewasa dalam masa 7 -10 hari
  • Seekor kutu dewasa boleh menghasilkan sehingga 10 telur dalam sehari
  • Jangka hayat kutu dewasa adalah kira-kira 3 – 4 minggu

Cuba bayangkan apa yang berlaku jika kitaran hidup kutu ini dibiarkan berterusan tanpa rawatan…

Oleh itu, rawatan syampu anti-kutu perlu diulang semula selepas 7 hari jika masih terdapat tanda-tanda jangkitan untuk mengelakkan kitar hidup kutu berulang…

Tahukah anda ?

  • Kutu hanya boleh hidup di celah rambut
  • Kutu hanya merayap dan tidak boleh terbang
  • Kutu dewasa akan mati selepas 1 atau 2 hari jika berada dipersekitaran lain daripada rambut (misalnya pada pakaian atau cadar)
  • Kutu tidak boleh hidup pada suhu yang panas

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s