” Kenapa nak bagi ubat cacing…sebab cacing sakit ke ?

by Klinik An-Nisa’ (Saujana Impian) [Belakang TESCO Kajang] on Sunday, 02 October 2011 at 21:30

Satu hari ……..

“apa ni mama ?”

“ubat cacing…”

‘Kenapa nak bagi ubat cacing..sebab cacing sakit ke ? “

  • …pada saat itu saya cuba mengaturkan apakah jawapan paling sesuai kerana saya tidak ingin menggunakan perkataan ‘bunuh‘ atau ‘matikan‘ cacing              (walaupun itulah yang sebenarnya) dan pada masa yang sama saya juga tidak mahu menjawab ‘ya, cacing sakit’ ‘(kerana ia tidak betul ) 
  • …kemudian saya terfikir; adakah istilah ‘ubat cacing ‘ yang saya gunakan itu betul ? Atau saya sepatutnya menggunakan istilah ‘ubat anti-cacing ‘…

Jadi,  apa itu ubat anti-cacing ?

  • ubat yang diambil untuk menghapuskan dan mengeluarkan cacing daripada usus
  • terdapat dalam bentuk tablet dan juga cecair (suspension)

Kenapa perlu mengambil ubat anti-cacing ?

  • Merawat jangkitan cacing
  • Mencegah jangkitan cacing

Siapa perlu mengambil ubat anti-cacing ?

  • sesiapa sahaja; berumur 1 tahun ke atas
  • elakkan mengambil ubat cacing ketika tidak sihat/sakit

Berapa kerap perlu mengambil ubat anti-cacing ?

  • Setiap 6 bulan hingga 1 tahun

Apakah tanda-tanda jangkitan cacing ?

  • kurang selera makan
  • kerap muntah atau cirit birit
  • kerap sakit perut
  • pucat
  • gatal pada dubur

Apa kesan jangkitan cacing ?

  • Kurang darah/anemia
  • gangguan tumbesaran kerana kurang zat
  • gangguan pembelajaran
  • masalah kesihatan lain…..

Bagaimana kita boleh mendapat jangkitan cacing ?

  • melalui mulut : termakan telur cacing ( makanan dan minuman yang tercemar atau tidak dimasak dengan sempurna; tidak mencuci tangan selepas ke tandas atau bermain di luar/tanah)
  • melalui kulit : tidak memakai kasut di atas tanah menyebabkan cacing masuk melalui kulit ke dalam aliran darah dan seterusnya ke usus

Apakah langkah pencegahan ?

  • Amalan kebersihan seperti mencuci tangan
  • Masak makanan dengan sempurna terutamanya daging
  • Cuci sayur dan buah-buahan yang dimakan mentah dengan bersih
  • Elakkan makanan dan minuman dibiarkan terdedah
  • Pastikan tandas sentiasa bersih
  • Pakai kasut atau selipar ketika di luar rumah
  • Ambil ubat anti-cacing setiap 6 bulan hingga satu tahun

* nota ini sebagai panduan sahaja…rujuk doktor anda untuk maklumat lanjut

 

“…tidak pernah berhenti belajar – di mana, bagaimana, daripada siapa, untuk apa atau untuk siapa…”


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s