Kesihatan TANGAN dan KUKU : Apa yang kita perlu tahu ?

by Klinik An-Nisa’ (Saujana Impian) [Belakang TESCO Kajang] on Tuesday, 19 July 2011 at 22:54

Tangan dan kuku mudah terdedah kepada pelbagai kuman dan kotoran. Kebanyakan aktiviti harian memerlukan penggunaan anggota tubuh ini.  Misalnya : makan, mencapai barang, menulis, bersalaman dan sebagainya. Oleh itu penjagaan kebersihan tangan dan kuku amat penting untuk mengelakkan mudah terkena jangkitan atau menjadi punca penyebaran kuman kepada orang lain.

Adakah kita memberikan perhatian secukupnya berkenaan kebersihan tangan dan kuku serta penjagaan kesihatan anggota tersebut ? Adakah kita menyampaikan maklumat ini kepada anak-anak kita? Adakah kita mencuci tangan ?

  • sebelum, semasa dan selepas menyediakan makanan
  • sebelum makan / selepas makan
  • sebelum dan selepas merawat /menyentuh orang sakit
  • selepas menggunakan tandas
  • selepas menghembus hidung, batuk atau bersin
  • selepas menyentuh haiwan atau benda2 kotor

Selain daripada mencuci tangan , perhatian juga harus kepada kebersihan kuku. Potong kuku untuk mengelakkan kuman atau kotoran terlekat dicelah kuku yang panjang. Apabila mencuci tangan bahagian bawah kuku juga perlu dibersihkan dan kemudian dilap kering. Penggunaan sabun dan air adalah cara terbaik mencuci tangan.

Penjagaan kesihatan kulit tangan dan kuku :

  • Cuci dengan sabun yang lembut dan air
  • Gunakan pelembab / losyen (kelembapan semulajadi mungkin berkurangan akibat terdedah kepada sekitaran kering, cuaca atau bahan kimia/pencuci berulangan)
  • Sentiasa periksa kuku dan kulit
  • Pastikan kuku sentiasa pendek
  • Rawat jika mempunyai masalah kulit, alahan atau jangkitan pada kuku dan kulit
  • Elakkan menggigit atau mencungkil kuku

Masalah kesihatan pada tangan dan kuku; antaranya :

  • dermatitis, psoriasis dan eczema (radang atau alahan pada kulit)
  • jangkitan kulat/fungal kulit dan kuku
  • jangkitan bakteria seperti bernanah, kudis dan sebagainya
  • jangkitan virus ( ketuat / viral warts)
  • kekeringan / brittle nail akibat proses penuaan
  • kecederaan /trauma
  • dan lain-lain..

Lakukan pemeriksaan untuk rawatan yang betul. Perubahan pada kuku mungkin menunjukkan masalah kesihatan sistemik yang lain.

…………..edisi pengenalan : Kesihatan Kulit………………………………………………..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s