SUARA SERAK – Perlukah berbisik ?

by Klinik An-Nisa’ (Saujana Impian) [Belakang TESCO Kajang] on Thursday, 19 May 2011 at 13:59

             

Apabila mengalami masalah suara serak kebanyakan kita akan mengambil langkah untuk menurunkan nada suara atau berbisik. Adakah ia membantu pemulihan suara ? Perlukah berbisik ?

Tahukah anda ?

Suara : bunyi yang dihasilkan oleh peti suara apabila kita bercakap, menyanyi atau menjerit dan memerlukan koordinasi udara daripada paru-paru –>menghasilkan  getaran peti suara (vocal fold) –>koordinasi otot-otot sekitar peti suara , tekak dan bahagian mulut —> suara yang didengari pada kekuatan nada dan intonasi yang diingini.

Kenapa suara menjadi serak ?

Biasanya disebabkan oleh radang peti suara / jangkitan pada bahagian tekak seperti laringitis, tonsillitis atau ‘voice abuse’ ( over-use)

Lain-lain sebab : Refluks asid ( Gastrik),  Nodul/ bengkakan pada vocal cord, masalah saraf pada peti suara dan lain-lain

Adakah berbisik membantu pemulihan ?

TIDAK kerana berbisik hampir sama seperti menjerit.  Berbisik akan menegangkan bahagian vocal cord berbanding bercakap pada nada biasa. ini boleh merukkan lagi suara serak tersebut.

Mencegah suara menjadi serak – Apa perlu dilakukan ?

  • Rehatkan suara : Bagaimana ?

* kurangkan bercakap atau tidak bercakap

* jangan berbisik atau menjerit; gunakan nada biasa

* apabila bercakap – gunakan ayat yang pendek dan tarik nafas dalam-dalam antaranya

* elakkan berdehem ( throat clearing)

  • Rawat punca : Refluks, sinus, alahan dll
  • Ubah gaya hidup : berhenti merokok kerana merokok menyebabkan kering bahagian tekak dan salur pernafasan
  • Minum banyak air. Elakkan minuman berkafein semasa sakit tekak/ laringitis  kerana ia boleh menyebabkan dehidrasi / kekeringan dan memekatkan mukus di bahagian tekak, sekitar peti suara

Laringitis biasanya akan pulih dalam tempoh seminggu atau dua. Jika gejala ini berpanjangan pemeriksaan lanjut adalah perlu untuk mengenalpasti punca dan rawatan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s