SAKIT TEKAK : Bagaimana mencegahnya ?

by Klinik An-Nisa’ (Saujana Impian) [Belakang TESCO Kajang] on Tuesday, 14 June 2011 at 21:38

 Sakit tekak : perit, kering dalam tekak; rasa sukar menelan, rasa bengkak dalam tekak …..(bergantung kepada individu untuk mentafsirnya)

Punca :

  • Jangkitan tekak disebabkan virus atau bakteria  (tonsillitis / URTI)
  • Radang tekak (Pharyngitis)- akut/kronik
  • Alahan hidung/ resdung
  • Gastrik refluk (acid)
  • Habuk, asap rokok dan keadaan persekitaran
  • Benda asing/trauma  (foreign body) dan lain-lain

PERLUKAH ANTIBIOTIK ?

 Antibiotik diberikan apabila mengalami jangkitan yang disebabkan oleh bakteria yang disahkan melalui pemeriksaan doktor .

Masalah sakit tekak dirawat dengan mengenalpasti punca sebenar berlakunya sakit tekak dan mengawalnya .

Contoh  :

Masalah alahan hidung atau resdung boleh menyebabkan radang pada bahagian tekak atau iritasi disebabkan oleh cecair hidung yang mengalir ke belakang tekak.

Asid refluk pula menyebabkan iritasi oleh acid di bahagian tekak–> kekeringan dan pedih.

—> iritasi yang berulang-ulang ini menyebabkan keadaan dipanggil ” chronic pharyngitis”

Bagaimana mencegah sakit tekak daripada berulang ?

  • Amalan kebersihan – cuci tangan, elakkan menyentuh bahagian mulut/hidung, elakkan berkongsi peralatan seperti cawan dan sudu dengan mereka yang mengalami gejala sakit tekak
  • Amalan gaya hidup sihat – berhenti merokok atau menjadi perokok pasif, rehat dan tidur yang cukup, pemakanan yang betul, minum banyak air kosong
  • Rawat masalah alahan/resdung dan refluk(gastrik) -jika ada
  • Lain-lain : ORAL HYGIENE – gosok gigi dengan betul, berkumur ( air garam juga boleh),….dan lain-lain

Adakah sakit tekak berbahaya?

 Gejala sakit tekak yang ringan boleh sembuh dengan sendiri tanpa rawatan. Bagaimanapun, sakit tekak yang berpanjangan memerlukan pemeriksaan lanjut terutamanya jika disertai demam tinggi , sakit pada sebelah tekak sahaja, kesukaran membuka mulut atau  menelan, merasakan makanan seperti tersekat di kerongkong, perubahan suara, sakit telinga/telinga berdengung, dan bengkakan di bahagian leher.

MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT DAN RAWATAN AWAL BOLEH MENCEGAH KOMPLIKASI 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s