Sama tapi tak serupa … ANTI-virus,ANTI-fungal dan ANTI-biotik

by Klinik An-Nisa’ (Saujana Impian) [Belakang TESCO Kajang] on Thursday, 29 September 2011 at 16:16

Setiap daripada kita pasti pernah mendengar jangkitan virus, bakteriadan juga kulat (fungal) tetapi masih ramai juga yang tersalah faham berkenaan ketiga-tiga jangkitan tersebut. Terutamanya tentang penggunaan ubat-ubatan dalam rawatan. Ini adalah kerana terdapat pertindihan atau gejala yang hampir sama bagi ketiga-tiganya.

Apakah perbezaan antara ubat ANTI-virus, ANTI- fungal dan ANTI-biotik ?

 

Anti-virus :

Adalah ubat yang digunakan untuk menentang penyakit disebabkan virus. Misalnya influenza, chicken pox/cacar air, kayap dan sebagainya. Ubat anti-virus ini ada dalam bentuk oral (syrup dan tablet) atau ubat sapuan (topical cream).

Tidak semua jangkitan disebabkan virus memerlukan anti-virus. Kadang-kadang kita mendengar doktor memberikan diagnosis seperti – demam virus; selsema sebab virus, campak atau penyakit kaki tangan dan mulut tetapi tidak diberikan ubat anti-virus kerana masalah tersebut biasanya pulih sendiri tanpa perlu anti-virus. Sebaliknya rawatan yang diberikan adalah untuk memulihkan gejala disebabkan jangkitan tersebut. Contoh : penyakit kaki tangan dan mulut  biasanya menyebabkan demam , ulser pada mulut dan ruam di kaki dan tangan. Ubat diberikan untuk meredakan demam dan mengurangkan sakit disebabkan ulser serta losyen atau cream bagi mengurangkan rasa gatal pada ruam kulit.

Anti-fungal :

Ubat anti-fungal diberikan bagi merawat masalah jangkitan kulat (fungal). Bergantung di mana jangkitan berlaku sama ada kulit, faraj, telinga atau dalam mulut; ubat akan diberikan dalam bentuk oral (tablet), krim sapuan/gel, losyen, ubat titis, bedak (powder), syampu atau pessary. Terdapat juga ubat anti-fungal yang bercampur sedikit steroid (anti-radang) dimana ia bertindak membunuh sel kulat dan juga pada masa yang sama mengurangkan keradangan ruam akibat daripada jangkitan tersebut.

Anti-biotics :

Antibiotic = anti  (against) + bio (life)

Antibiotik diberikan bagi merawat jangkitan oleh kuman bakteria (anti-bakteria). Biasanya ia diberikan secara oral, suntikan atau krim sapuan. Apabila diberikan antibiotik secara oral (makan) kita perlu mengambilnya mengikut dos yang ditetapkan dan menghabiskannya bagi mengelakkan masalah kerintangan (resistant) terhadap antibiotik. Kerintangan antibiotic ( antibiotic resistance)  bermakna ubat antibiotik yang diberikan tidak lagi memberikan kesan yang dikehendaki kerana kuman bakteria telah menjadi ‘kebal’ terhadapnya. Akibatnya jangkitan akan berpanjangan dan berkemungkinan meningkatkan risiko kematian.

Bagaimana antibiotic resitant berlaku ?

  • Penggunaan antibiotik yang kerap, misalnya mengambil antibiotik setiap kali mengalami demam selsema

( Sepatutnya : elakkan meminta antibiotik – biar doktor yang tentukan sama ada antibiotik perlu )

  • Tidak menghabiskan antibiotik yang diberikan/ Berhenti mengambil antibiotik apabila merasa sudah pulih

( apa yang berlaku : kuman bakteria tidak terhapus/mati sepenuhnya dan berubah menjadi ‘kebal’. Selain itu bakteria ini boleh menyebabkan jangkitan berulang semula)

Maklumat tambahan :

  • Antibiotik tidak dapat merawat jangkitan disebabkan oleh virus
  • Penyakit yang pada mulanya disebabkan oleh virus atau fungal juga boleh dijangkiti oleh kuman bakteria
  • Penggunaan antibiotik berpanjangan boleh meningkatkan risiko mendapat jangkitan fungal/kulat

Jadi apabila berjumpa doktor pastikan anda faham apa sebenarnya masalah anda dan mengapa doktor memberikan ubat-ubat tertentu…

“A doctor is not a drug dealer” ; we are here to ‘teach’ as well as to treat…. tetapi hanya dengan izinNya juga yang akan menyembuhkan…Amin…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s