Kulit Kering : Kita juga adalah penyebabnya…

Tahukah anda ?

  • Kulit kita merupakan salah satu sistem pertahanan tubuh
  • Kulit yang sihat adalah pelindung daripada jangkitan kuman
  • Permukaan kulit dilapisi oleh satu lapisan minyak semulajadi yang bertindak sebagai pelindung dan pelembab untuk mengekalkan kesihatan dan kelembutan kulit
  • Kulit juga menjadi ‘perumah’ untuk mikroorganisma seperti kuman dan kulat
  • Kulit kering mudah merekah menyebabkan kuman atau jangkitan berlaku
  • Kulit kering sering terasa gatal tetapi tidak semestinya menandakan penyakit
  • Menggaru/menggosok kulit menyebabkan lapisan lembapan hilang dan kulit mudah merekah. Akibatnya radang boleh berlaku seperti dermatitis, jangkitan kuman dan sebagainya

Kulit Kering : Kita juga menjadi punca …Kenapa ?

  • Mandi dan sabun

Kita mandi untuk membersihkan diri.

Kita fikir :

1. Perlu mandi lama-lama dan bersabun banyak-banyak; barulah bersih

2. Mandi air panas lebih baik daripada air suam atau sejuk

3. Berendam dalam ‘bath tub’ atau buih juga bagus untuk kita

Yang kita tidak sedar adalah : Mandi lama atau kerap, penggunaan sabun yang banyak akan menyebabkan lapisan lembapan semulajadi kulit hilang. Selepas mandi kita terasa segar tetapi kulit terasa lebih kering dan tegang. Selain itu jika mengelap badan dengan kasar untuk mengeringkan air mandi juga boleh menghilangkan lembapan tersebut.

Sepatutnya : kurangkan kulit daripada terdedah kepada air terlalu kerap atau lama dan juga gunakan sabun berpelembab (gentle moisturizing soap or cleanser)

  • Menggunakan pelembab (moisturizer)

Penggunaan pelembab sudah menjadi rutin bagi kebanyakan daripada kita. Tapi adakah kita semua menggunakan pelembab dengan cara yang betul ? Selain daripada pemilihan bahan pelembab yang bersesuaian; pelembab sebaiknya disapukan pada kulit ketika kulit masih lagi lembab seperti sebaik sahajan selepas mandi  atau mencuci tangan ( perlu dilap terlebih dahulu dengan lembut untuk mengeringkan titisan air pada kulit ). Ini dapat mengekalkan lembapan semulajadi kulit.

  • Persekitaran kering

Kita banyak terdedah kepada udara kering, cuaca panas dan juga penggunaan penghawa dingin. Tanpa kita sedari semua ini juga boleh menyebabkan kekeringan pada kulit. Oleh itu lindungi kulit dengan memakai pelembab UV atau memakai topi dan pakaian yang menutup kulit jika keluar rumah. Jika perlu gunakan humidifier di dalam bilik / rumah.

Lain-lain punca :

  • Penyakit dan ubat-ubatan

Walaupun kebanyakan punca masalah kulit adalah daripada faktor luaran tetapi penyakit sistemik juga boleh menyebabkan gejala kulit kering. Antara penyakit yang berkait dengan kulit kering adalah psoriasis, ekzema, masalah kurang hormon tiroid, kekurangan zat  dan lain-lain. Perubahan paras gula pada pesakit diabetes menyebabkan dehidrasi pada kulit dan tisu dan kekeringan. Selain itu terdapat juga ubat-ubatan yang boleh menyebabkan kekeringan pada kulit.

  • Proses penuaan kulit

Peningkatan usia berlaku sebaik sahaja kita dilahirkan. Semakin berusia berlaku perubahan fisiologi tubuh seperti perubahan hormon ( misalnya menopause) yang boleh mengakibatkan kulit menjadi kering. Kulit menjadi nipis dan mudah mengalami keradangan dan jangkitan. Penuaan kulit juga boleh berlaku akibat faktor luaran seperti merokok, kurang tidur, stress, kurang senaman dan lain-lain…

http://seniorliving.about.com/od/healthnutrition/a/7agingskincause.htm

Apakah langkah pencegahan ?

  • Elakkan dan kawal punca yang menyebabkan kekeringan kulit ( seperti di atas)
  • Gunakan pelembab
  • Minum banyak air
  • Banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayuran kaya vitamin c, e dan anti-oksida ( healthy eating)
  • Bersenam dan tidur yang cukup
  • Berhenti merokok, elakkan terdedah kepada asap rokok
  • Rawat : jika terdapat rekahan atau luka pada kulit
  • Rawat : jika ada masalah kulit . Kenalpasti faktor yang boleh menerukkan lagi masalah kulit ( allergic dermatitis, eczema dll)
  • Sentiasa peka dan lakukan pemeriksaan kulit sendiri terutama pesakit diabetes

 

….WHY SUFFER WHEN YOU CAN PREVENT…..

Penjagaan kesihatan bermula di rumah anda!

* Nota ini sebagai panduan sahaja. Sebarang kemusykilan sila rujuk doktor anda.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s