Rawatan TUAM : Sejuk Vs Panas

by Klinik An-Nisa’ (Saujana Impian) [Belakang TESCO Kajang] on Wednesday, 12 October 2011 at 12:53

Kita sering mendengar ungkapan “TUAM” atau “DEMAH” . Biasanya ia dilakukan untuk merawat kecederaan terhantuk, bengkak dan juga jangkitan seperti bisul atau ketumbit dan banyak lagi…

Terdapat dua jenis rawatan TUAM ini iaitu panas dan sejuk.

  • Apakah beza antara keduanya?
  • Apakah keadaan yang memerlukan panas atau sejuk ?

Rawatan TUAM sejuk (COLD  Compress)

Biasanya digunakan untuk merawat atau mengurangkan kesan daripada kecederaan yang baru seperti terkehel/terseliuh, terhantuk, gigitan serangga , menghentikan pendarahan dan lain-lain.

Ia juga membantu mengurangkan kesan gatal pada kulit ( alahan, ekzema) , mengurangkan sakit kepala dan menurunkan suhu akibat demam panas.

Rawatan TUAM panas ( WARM Compress)

Biasanya digunakan untuk kecederaan atau keadaan kronik seperti melegakan kekejangan / ketegangan otot dan tisu atau untuk menggalakkan aliran darah bagi mempercepatkan proses pemulihan selepas kecederaan

Lain-lain : melegakan senggugut, sakit sendi ( arthritis, gout), ketumbit, bisul, resdung dan lain-lain…

Kelebihan rawatan tuam sejuk dan panas :

Antara kesan daripada kecederaan adalah rasa sakit, pendarahan, bengkak dan keradangan.Tuam sejuk di bahagian yang cedera akan ;

  • mengecutkan salur darah lalu mengurangkan pengaliran darah ke bahagian tersebut

—> hentikan pendarahan, kurangkan kesan lebam dan bengkak

—> mengurangkan radang

  • mengurangkan sensitiviti pada hujung-hujung saraf di bahagian yang  tercedera menyebabkan rasa kebas dan kurang sakit

Rawatan ini sebaiknya dilakukan sebaik mengalami kecederaan atau dalam tempoh 48-72 jam selepas kecederaan. Gunakan ais dan balutkan dengan kain sebelum menuam. Lakukan 15-20minit setiap kali atau berhenti sebaik merasa kebas. ‘Gel pack’ atau botol air yang telah disejukkan di dalam peti sejuk juga boleh digunakan. Proses ini diulang beberapa kali sehingga bengkak berkurangan.

Selepas tempoh itu atau selepas bengkak susut rawatan tuam panas boleh dilakukan untuk menggalakkan aliran darah ke bahagian tersebut dan seterusnya mempercepatkan proses pemulihan/penyembuhan.

Bagaimana ? Gunakan tuala yang direndam ke dalam air suam atau tuala lembab yang dipanaskan di dalam microwave. (Tuala lembab dan suam lebih berkesan daripada kering kerana ia meningkatkan lagi penyerapan).

Antara kelebihan rawatan tuam panas adalah :

  • meningkatkan aliran darah untuk penyembuhan

—> menggalakkan pembuangan sisa sel atau bahan rosak (misalnya : mengurangkan kesan lebam)

—> meningkatkan kehadiran bahan yang diperlukan untuk pemulihan semulajadi tubuh

—> menggalakkan aliran keluar nanah ( ketumbit, bisul)

  • melegakan sakit akibat arthritis, sakit otot dan kekejangan
  • melonggarkan sendi dan otot yang kaku (stiff)
  • lain-lain…..

NOTE : Sebagai panduan sahaja….dan mengandungi maklumat terhad. Rujuk doktor anda untuk maklumat lanjut…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s