Kuku cengkam ( ingrown toenail) boleh dielakkan

by Klinik An-Nisa’ (Saujana Impian) [Belakang TESCO Kajang] on Friday, 9 September 2011 at 19:24

Pengenalan 

  • Kuku cengkam atau ‘ingrown toenail’ boleh dialami oleh sesiapa sahaja.
  • Biasanya terjadi pada ibu jari kaki dan boleh berulang-ulang
  • Bahagian hujung tepi (bucu) kuku tercucuk ke dalam kulit (mencengkam) menyebabkan ia menjadi bengkak, merah dan sakit.
  • Jika tidak dirawat jangkitan boleh berlaku di bahagian yang mencengkam tersebut.
  • Mungkin juga adalah disebabkan faktor keturunan (kecenderungan mempunyai bentuk kuku mencengkam)

Bagaimana merawat dan mengelaknya ?

Elakkan punca seperti :

  • memakai kasut yang ketat atau kasut tumit yang terlalu tinggi ( ini akan menyebabkan tekanan di bahagian hujung jari)
  • memotong kuku terlalu pendek ( kuku yang terlalu pendek akan mencengkam sedikit demi sedikit apabila ia panjang semula. Cara betul memotong kuku adalah : potong lurus di bahagian hujung kuku dan pada aras sama atau lebih panjang daripada bahagian kulit)
  • jangkitan fungus/kulat kuku ( kerana ini boleh menyebabkan kuku menjadi tebal dan tidak sekata dan mencengkam bahagian tepi kuku)
Sentiasa periksa bahagian jari kaki terutama bagi pesakit diabetes atau mereka yang berisiko mendapat kecederaan hujung jari seperti pemain bola dan lain-lain
Amalkan penjagaan kebersihan kaki
  • rendamkan kaki dalam air suam 2-3 kali sehari untuk mengeluarkan kotoran dan kulit mati
  • cuci kaki dan celah kuku dengan sabun dan pastikan kaki sentiasa kering
Dapatkan rawatan jika keadaan menunjukkan gejala radang atau jangkitan ( antara rawatan adalah ubat-ubat dan pembedahan kecil)
Nota : satu lagi contoh tentang pentingnya menjaga kebersihan diri (kaki)……Your health is your responsibilitynota ini sebagai panduan sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s