Hidung berdarah … apa perlu dilakukan?

by Klinik An-Nisa’ (Saujana Impian) [Belakang TESCO Kajang] on Thursday, 23 June 2011 at 11:08

Hidung berdarah sering berlaku terutamanya di kalangan kanak-kanak. Darah tersebut boleh dilihat mengalir ke luar melalui lubang hidung atau mengalir ke belakang tekak. Keadaaan ini boleh terjadi pada sebelah hidung sahaja atau kedua-duanya.

Apakah punca hidung berdarah ?

Pendarahan hidung boleh disebabkan oleh masalah di bahagian hidung itu sendiri ( local causes) atau masalah kesihatan lain (systemic causes). Antaranya :

  • Alahan hidung (rhinitis) atau resdung (sinusitis)
  • Jangkitan  seperti selsema, batuk
  • Trauma atau kecederaan – sama ada disebabkan kemalangan atau perbuatan mengorek hidung
  • Ketumbuhan hidung  ( bukan kanser atau kanser)
  • Benda asing dalam hidung – sering berlaku terutamanya di kalangan kanak-kanak
  • Masalah lain : penyakit darah, ubat mencair darah, penyakit darah tinggi dan lain2 

Apa perlu dilakukan apabila hidung berdarah ?

  • Duduk tegak dan menundukkan kepala sedikit ke hadapan untuk mengelakkan darah daripada mengalir ke belakang tekak.—-> berbaring menyebabkan darah masuk ke tekak lalu ditelan dan muntah atau menyebabkan tersedak ke dalam salur nafas
  • Picit bahagian hidung yang lembut ( gunakan ibu jari dan jari telunjuk atau kain/tisu) dan bernafas melalui mulut . Lakukakan selama 10 minit —-> darah membeku di dalam lubang hidung dan pendarahan berhenti
  • Ulang semula jika masih berdarah—-> jika pendarahan berterusan ,dapatkan rawatan di hospital

Selepas pendarahan berhenti ;

  • Jangan menghembus hidung dengan kuat  dalam 24jam pertama
  • Elakkan bersin atau batuk (jika boleh) atau meneran dalam tempoh 24 jam pertama
  • Elakkan daripada mengorek hidung
  • Ambil makanan sejuk ( suhu biasa)
  • Gunakan pelembab hidung untuk mengelakkan kekeringan ( semburan atau krim sapuan )
  • Pelembab udara

Perlukah mendapat rawatan lanjut atau berjumpa doktor ?

Pendarahan yang ringan akan berhenti dan mungkin tidak memerlukan rawatan susulan. Rawatan susulan adalah perlu jika :

  • pendarahan tidak berhenti –> HOSPITAL segera!
  • pendarahan kerap berulang-ulang walaupun kuantiti sedikit —> pemeriksaan untuk mengenalpasti punca sebenar dan rawatan
  • pendarahan disertai gejala lain seperti hidung tersumbat, hilang deria bau atau gejala kurang pendengaran, telinga berdengung, hilang berat badan dan lain-lain —> perlu pemeriksaan lanjut
  • sekiranya mengambil ubat-ubatan seperti Warfarin, aspirin atau mengalami penyakit berkaitan pembekuan darah    —> rujuk semula doktor anda

Mengapa kanak-kanak sering mengalami hidung berdarah ?

Permukaan dalam hidung dilapisi oleh permukaan tisu atau mukosa yang kaya dengan salur darah.

Salur-salur darah yang kecil ‘bertemu’ di satu kawasan dipanggil Little’s area ( permukaan mukosa pada septum atau bahagian tengah hidung yang memisahkan rongga kiri dan kanan hidung dan dekat dengan lubang hidung). Lapisan mukosa ini adalah nipis dan mudah cedera dan menyebabkan salur darah tersebut pecah dan berdarah.

Kanak-kanak cenderung untuk  mengorek hidung, menggosok hidung apabila mengalami selsema dan alahan, memasukkan bendasing ke dalam hidung lalu menyebabkan kecederaan pada kawasan Little’s area ini. Selain itu cuaca kering boleh menyebabkan kekeringan dalam hidung dan mengakibatkan hidung berdarah.

  • NOTE :  RUJUK doktor anda jika mengalami sebarang kemusykilan. Nota ini  hanya memberi sebahagian info sahaja . Diagnosis hanya boleh dibuat melalui pemeriksaan doktor.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s