Tiroid dan Kesihatan

thyroid

Setiap orang mempunyai kelenjar tiroid. Ia terletak di bahagian leher (depan) dan berbentuk seperti ‘bow-tie’ atau rama-rama. Kelenjar tiroid menghasilkan hormon tiroid yang berfungsi dalam membantu  sistem metabolisma seseorang.

Apakah masalah berkaitan dengan kelenjar tiroid ?

1. Masalah kelenjar : bengkakan pada kelenjar seperti goiter, cyst, ketumbuhan dan kanser

2. Masalah hormon : hormon tiroid berlebihan (hyperthyroid) atau kekurangan hormon tiroid (hypothyroid)

Kesan masalah kelenjar tiroid ?

1.     Kesan akibat pembengkakan kelenjar tiroid

Kelenjar tiroid yang membengkak boleh menyebabkan tekanan pada struktur yang berhampiran dan menyebabkan timbulnya gejala; antaranya seperti :

  • tekanan pada salur makan (esofagus) menyebabkan rasa sukar menelan atau makanan seperti tersekat di leher
  • tekanan pada saluran pernafasan (trakea) menyebabkan penyempitan saluran nafas, kesukaran bernafas dan nafas berbunyi (stridor) terutama ketika berbaring
  • tekanan pada saraf menyebabkan suara menjadi kasar atau serak

2.    Kesan berlebihan hormon tiroid ?

Berlebihan hormon tiroid menyebabkan peningkatan sistem metabolisma tubuh. Antara gejala yang dialami adalah : rasa berdebar, sukar tidur malam, kuat berpeluh, mudah marah, rasa panas dan tidak tahan keadaan panas, kuat makan, penurunan berat badan, gangguan pada kitaran haid, mudah letih, menggeletar dan banyak lagi….

3.    Kesan kekurangan hormon tiroid ?

Kekurangan hormon tiroid menyebabkan sistem metabolisma tubuh menjadi perlahan atau lembab. Antara gejala yang di alami adalah : lemah, letih, peningkatan berat badan atau kesukaran menurunkan berat badan, kulit kasar dan kering, rambut gugur, gangguan kitaran haid, tidak tahan keadaan sejuk, depress, sembelit dan lain-lain….

Bagaimana mengesannya ?

Pembengkakan kelenjar dikesan melalui pemeriksaan bahagian leher atau kehadiran gejala (seperti di atas)

Masalah hormon dapat disahkan melalui ujian darah.

Bolehkah dirawat?

Ya. Rawatan adalah mengikut jenis masalah tiroid yang dialami.

Adakah masalah tiroid berbahaya ?

Masalah tiroid sama ada disebabkan kelenjar tiroid atau hormon boleh mendatangkan mudarat jika tidak dirawat. Misalnya bengkak pada kelenjar tiroid jika menekan pada saluran pernafasan atau saraf akan menyebabkan kesukaran bernafas. Jika bengkakan disebabkan kanser pula boleh menyebabkan ia merebak ke struktur disekitarnya . Masalah berlebihan atau kekurangan hormon yang teruk juga boleh mendatangkan masalah kepada jantung.

Nota ini adalah sebagai panduan sahaja dan memberikan maklumat yang terhad. Rujuk doktor anda untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s