LUKA : penjagaan rapi adalah perlu.

by Klinik An-Nisa’ (Saujana Impian) [Belakang TESCO Kajang] on Tuesday, 31 January 2012 at 17:58

Luka adalah cedera pada kulit sama ada melecet, terkoyak, terpotong atau ulser…

Walaupun berbeza keadaan atau penyebabnya ; penjagaan luka adalah untuk tujuan yang sama iaitu

  • Supaya cepat sembuh
  • Untuk mengelakkan jangkitan lebih teruk
  • Supaya tidak meninggalkan parut atau tidak menyebabkan parut hodoh

Bagaimana menjaga luka ?

Bergantung kepada :

  • saiz luka

– luka kecil dan bersih cepat sembuh berbanding luka besar

  • penyebab luka

– luka bedah biasanya bersih dan lebih mudah dijaga.

– luka yang kotor misalnya akibat kemalangan perlu dibersihkan sebaiknya mengelakkan jangkitan

– luka jangkitan seperti bisul, nanah perlukan penjagaan rapi bagi mengelakkan ia merebak

  • kedudukan luka

– luka di bahagian yang sukar dilihat atau dicapai memerlukan orang lain membantu dalam penjagaan luka

– luka di tapak kaki atau belakang badan seperti ulser perlu dijaga rapi kerana tekanan berpanjangan pada bahagian tersebut boleh menyebabkan luka lambat sembuh dan berulang-ulang

  • keadaan fizikal individu yang mengalami luka

– obesiti, kencing manis dan penyakit daya ketahanan rendah boleh melambatkan penyembuhan luka

Komplikasi luka :

  • lambat sembuh
  • jangkitan pada luka
  • sepsis ( jangkitan merebak)
  • parut

Apa perlu dilakukan ?

Secara umum :

  • Menjaga kebersihan diri dan sekitaran
  • Pemakanan yang sihat
  • Pengawalan berat badan
  • Memastikan tubuh berada pada tahap kesihatan optimum
  • Kawal paras gula bagi pesakit kencing manis

Secara khusus :

  • Memastikan bahagian luka sentiasa bersih dan dirawat dengan betul ( lakukan ‘dressing’ atau rawatan cuci luka)
  • pastikan bahagian luka cedera atau jahit sentiasa kering terutama 24 jam pertama
  • jika diberikan ubat sapuan ( krim) : cuci luka terlebih dahulu dengan air bersih atau saline, kemudian sapukan ubat (krim) antiseptik atau antibakteria dengan nipis ( bagi membolehkan pengudaraan di bahagian luka dan membantu luka kering)
  • jangan usik bahagian luka yang mula mengering; misalnya cuba untuk mencungkil parut kering atas luka (‘scab’) kerana ini mungkin boleh menyebabkan luka atau jangkitan semula dan luka akan lambat sembuh
  • luka jahit dan luka bedah perlu sentiasa diperiksa untuk memastikan tidak ada jangkitan atau jahitan yang terbuka. Antara tanda-tanda jangkitan kuman adalah : terdapat lelehan cecair atau nanah daripada bahagia luka, kulit sekitar bahagian tersebut merah dan bengkak, luka seperti terbuka, bertambah sakit dan kemungkinan demam
  • jika luka dibalut : tukar balutan setiap hari atau apabila menjadi basah/kotor
  • habiskan antibiotik jika diberi oleh doktor

Apa itu parut ?

Adalah kesan yang dilihat apabila luka telah sembuh. Ia terhasil apabila tisu baru timbul menggantikan tisu tercedera atau hilang akibat luka. Terdapat jenis-jenis parut yang perlu diberikan perhatian; antaranya

  • keloid (perut yang terus membesar atau timbul melebihi kesan luka)
  • hypertrophic scar ( parut timbul pada bahagian luka yang sembuh)

Mengelakkan mendapat parut :

  • rawat luka sebaiknya
  • jangan garu bahagian parut

Nota : Panduan ini adalah secara umum sahaja. Rujuklah doktor anda untuk rawatan yang betul.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s